9 lelaki disyaki bergaduh di kelab malam ditahan

9 lelaki disyaki bergaduh di kelab malam ditahan

TAN CHENG SAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seramai sembilan lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah kelab malam di Bukit Tengah, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.43 pagi.

“Sepasukan anggota bergegas ke lokasi dan menahan sembilan lelaki berusia antara 17 sehingga 32 tahun.

“Siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham yang mencetuskan insiden memukul antara satu sama lain.

“Beberapa individu yang mengalami kecederaan akibat dipukul objek tajam turut menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek direman selama empat hari dan kes disiasat Seksyen 148 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN