Semangat perpaduan, cintakan negara membanggakan - Agong

Semangat perpaduan, cintakan negara membanggakan – Agong

ORANG ramai tidak melepaskan peluang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsan 2022, di Dataran Merdeka pada 31 Ogos lalu. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, semangat perpaduan, kenegaraan dan cintakan negara yang  dipamerkan seluruh rakyat sewaktu sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos lalu sangat membanggakan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka menzahirkan rasa sukacita dan setinggi penghargaan kepada rakyat yang datang memenuhi lokasi majlis dan kawasan sekitar untuk menyertai dan secara berdisiplin menonton sambutan hari bersejarah itu yang mana dilaporkan lebihi jangkaan 50,000 orang.

“Agong bertitah semangat perpaduan, kenegaraan dan cintakan negara yang telah dipamerkan oleh rakyat di majlis tersebut dan juga di majlis-majlis yang telah dianjurkan di seluruh negara adalah sangat membanggakan.

“Seri Paduka menzahirkan harapan semoga semangat tersebut yang secara langsung mencerminkan keakraban rakyat pelbagai kaum di negara memperkukuh lagi keharmonian negara. Baginda turut menzahirkan harapan agar ia  dipamer dan diteruskan dalam memperingati dan meraikan Hari Malaysia pada 16 September 2022 kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka amat kagum menyaksikan persembahan yang ditunjukkan oleh semua kontinjen agensi-agensi kerajaan dan murid-murid sekolah yang telah mengambil bahagian di majlis tersebut. 

“Semangat kenegaraan dan cintakan negara yang dipamerkan oleh mereka, khususnya murid-murid sekolah yang terdiri daripada pelbagai peringkat persekolahan dan kaum, adalah sewajarnya dipuji dan dicontohi, katanya.

Beliau kemudian memaklumkan Seri Paduka menzahirkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada kerajaan dan semua peserta serta penganjur khususnya  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia (Pengerusi Jawatankuasa Penganjur) Tan Sri Annuar Musa di atas kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang telah disempurnakan dengan rapi dan cemerlang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya