Selangor umum pengecualian bayaran lesen penjaja, cukai taksiran

Selangor umum pengecualian bayaran lesen penjaja, cukai taksiran

NG SZE HAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengumumkan pengecualian bayaran lesen penjaja serta cukai taksiran bagi rumah kampung dan kos rendah bermula tahun hadapan.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam, Ng Sze Han, pengecualian tersebut merupakan tahun kelapan dilaksanakan sejak tahun 2016.

“Walaupun pelaksanaan pengecualian cukai taksiran dan fi lesen penjaja ini dijangka mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan negeri sebanyak RM68.74 juta bagi tahun hadapan. 

“Namun kerajaan negeri  tetap bertekad untuk bersama rakyat dalam menghadapi cabaran kos hidup yang tinggi. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sze Han berkata, negara masih berada dalam fasa pemulihan pasca pandemik Covid-19, namun rakyat rata-rata masih menghadapi cabaran seperti kadar inflasi yang tinggi.

Katanya lagi, kejatuhan nilai ringgit serta kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) secara berterusan telah memberi kesan kepada pinjaman perumahan dan kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN