KUCHING: Pengeluaran produk industri ternakan di Sarawak, adalah sangat rendah sehingga negeri ini terpaksa mengimport daging sejuk beku seperti daging lembu dan kambing bernilai RM100 juta setahun.
Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Dr Adrian Susin Ambud, dengan nilai industri ternakan Sarawak hanya RM1.8 dalam tahun 2021 dan diunjur meningkat kepada RM4 bilion menjelang tahun 2030.
“Jaminan makanan (Food Security) amatlah penting dan perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana populasi semakin meningkat maka permintaan terhadap sumber makanan juga semakin meningkat,” kata ketika berucap merasmikan merasmikan Program Pemindahan Ilmu VETPIL: VET for Livestock di sini hari ini.
Program yang julung kali diadakan di sini dianjurkan bersama oleh Fakulti Perubatan Veterinari UPM sebagai peneraju utama dengan kerjasama Jabatan Veterinari Sarawak.
Katanya terdapat sektor ternakan yang perlu diberi perhatian kerana Sarawak maaih mengimport sumber makanan bagi menampung permintaan, yang antaranya ialah dalam sektor ruminan di mana kadar saradiri bagi daging lembu ialah 12 peratus dan kambing/bebiri ialah 5.5 peratus.
“Adalah didasarkan komoditi tersebut meningkat kepada 25 peratus kadar saradiri menjelang tahun 2030 dan 50 peratus pada tahun 2050.
Bagaimanapun, katanya bebrapa sektor ternakan seperti ayam pedaging, ayam penelur dan babi telah mencapai kadar saradiri lebih 100 peratus.
“Bagi mencapai objektif yersebut beberapa pendekatan telah dikenal pasti dan dalam pelaksanaan, iaitu mengukuhkan Sistem Pawah Ternakan Ruminan seperti lembu, kerbau, kambing dan bebiri di mana kerajaan memperuntukan sebanyak RM40 juta bagi menjayakan program berkenaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.
Bagi merealisasikan kadar saradiri ini, Dr Adrian berkata sasaran utama ialah dengan meningkat populasi asas ruminan dari 17,000 bagi lembu kepada 50,000 ekor, manakala 16,000 ekor bagi kambing/beberi kepada 100,000 ekor.
Di samping itu, katanya penswastaan stesen -stesen ternakan dijangka dapat memacu kadar saradiri terutama dalam sektor ruminan diterajui oleh sektor swasta yang berpengalaman.
Katanya, tiga stesen ternakan tersebut yang sudah dan akan diswastakan ialah Stesen Temudok, Sri aman, Stesen Karabungan, Miri dan Stesen Kerbau Maragang, Lawas.
Selain itu, katanya cadangan bagi menubuhkan sebuah agensi pembangunan industri ternakan Sarawak, iaiutu Sarawak Livestock Industry Board (SLIB) amat penting bagi meneraju dan memacu pembangunan industri ternakan agar Jabatan dapat memfokuskan dalam Perkhidmatan veterinar seperti kawalan penyakit ternakan, import dan eksport dan sebagainya.
Dr Adrian turut menekankan keperluan pembangunan sumber manusia yang beliau sifatkan sebagai amat kritikal dari segi pembangunan modal insan.
Katanya, Jabatan Veterinari Sarawak menghantar beberapa kakitangan bagi menlanjutkan pelajaran seperti ke Institut Veterinar Malaysia, Keluang, Johor kerana Jabatan sedar pentingnya ilmu veterinar bagi menyampaikan perkhidmatan terbaik.
“Dari segi bilangan profesional dalam bidang veterinari, Sarawak masih jauh ketinggalan, dan dianggarkan memerlukan sekitar 200 sehingga 1,000 doktor veterinar bagi industri ternakan,” katanya.
Tambahnya, cadangan telah dikemukan bagi menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi khasnya bagi bidang sains veterinar
Menurut bekiau, jabatan sedang dalam proses pembangunan organisasi dan penstrukturan semula kerana sekarang ini Jabatan Veterinari Sarawak hanya mempunyai 260 kakitangan dalam semua perngkat jawatan, manakala keperluan sebenar yang diperlukan bagi menjayakan inisiatif – inisiatif kerajaan dalam sektor ternakan ialah 1,000 orang menjelang 2030.
Selain itu, katanya jabatan sedang dalam fasa akhir merangka pelan strategik agar kesemua inisitif dan objektif yang digariskan dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur menjelang tahun 2030, selaras dengan stategik utama Sarawak, iaitu Strategi Pembangunan Post-Covid 19 Sarawak 2030.
Justeru, beliau berharap Program Pemindahan Ilmu VETPIL dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan umum agar dapat secara langsung atau tidak langsung meningkatkan produktiviti serta mencapai kadar sara diri.
End.