Rundingan kerjasama BN-GRS belum muktamad

Rundingan kerjasama BN-GRS belum muktamad

BUNG Moktar Radin dalam sidang akhbar di Kota Belud, Sabah semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah sedia bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi mengelak berlaku pertembungan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau akan cuba bekerjasama  dengan GRS namun, perundingan mengenai kerjasama itu belum dimuktamadkan.

“Perbincangan ini dilakukan melalui jawatankuasa khas yang ditubuhkan. Ia masih belum dimuktamadkan kerana kita perlu melihat sokongan rakyat di peringkat bawah terhadap BN terlebih dahulu.

“Kita ingin melihat bagaimana kekuatan BN dahulu kerana kalau kita mahu berkongsi dengan mana-mana pihak, kita mahu kelihatan kuat kepada rakan kongsi kita,” katanya selepas perasmian Gelombang Biru di Kota Belud semalam.

Menurut beliau, menerusi kerjasama itu mereka akan berunding sebaik mungkin untuk mewujudkan situasi menang-menang agar kedua-dua pihak memperoleh manfaat daripadanya.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, beliau tidak melihat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berlaku selepas PRU15 namun dalam politik apa sahaja boleh berlaku.

Justeru, BN sentiasa bersedia dengan mengerakkan jentera secara menyeluruh dan sebagai parti yang unggul yang mempunyai banyak pengalaman, mereka perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan sebarang kemungkinan.

Jelas beliau, BN Sabah juga akan mencadangkan beberapa manifesto untuk dimasukkan dalam manifesto kebangsaan pada PRU15 agar kepentingan Sabah turut diambil kira. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN