Remaja 'pertahan' maruah diri berdepan hukuman mati

Remaja ‘pertahan’ maruah diri berdepan hukuman mati

SIM HUI YING didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, 20 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang remaja berdepan hukuman mati selepas didakwa di Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, pada 20 September lalu.

Sim Hui Ying, 19, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, R. Salini.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan niat membunuh Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin, di sini pada pukul 8 malam, 20 September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika  disabitkan kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan tertuduh  ditahan reman tujuh hari bermula 21 September.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak sedemikian kerana menentang kemahuan teman lelakinya itu untuk melakukan hubungan seks. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya