Remaja dilaporkan hilang dipercayai lari rumah

Remaja perempuan dilaporkan hilang dipercayai lari rumah

AZLI MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah untuk bertemu rakannya di sebuah pasar raya bandar Kuala Lipis di sini.

Remaja itu yang masih bersekolah, Nurul Madihah Alifah Khairul Nazremy dipercayai keluar dari rumah pada 4 September lalu pukul 10 pagi dan sehingga ini belum ditemukan.

Bapa mangsa, Khairul Nazremy Kassim, seorang pekebun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis pada 5 September lalu pukul 1.15 tengah hari.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, siasatan mendapati, remaja itu sebelum kejadian meminta izin bapanya untuk berjumpa dengan rakannya yang dikenali sebagai ‘ummu’.

“Kemudian mangsa meminta bapanya menghantar ke sebuah pasar raya di bandar ini untuk bertemu rakannya dan pada Ahad lalu pukul 11 pagi, keluarganya cuba menghubungi mangsa namun gagal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, pengadu cuba mencari mencari di sekitar bandar ini sambil bertanya kepada rakan-rakannya termasuk menghubungi keluarga di tempat lain namun gagal ditemukan. 

“Siasatan ke atas pengadu, mangsa dikatakan tidak membawa kad pengenalan dan mengesyaki anaknya melarikan diri. Hasil siasatan, kejadian ini kali kedua remaja perempuan ini keluar dari rumah sebelum mangsa berkenaan berpindah ke Kuala Lipis,” katanya.

Selanjutnya Azli menjelaskan siasatan polis ke atas pengadu mendapati mangsa keluar dari rumah memakai kemeja- T hitam mempunyai lambang Adidas Mickey, bertudung hitam dan berseluar panjang berwarna krim.

Katanya, menerusi siasatan itu juga, bapa mangsa mengesyaki anaknya melarikan diri ke rumah keluarga mereka di Melaka.

Ujarnya, kes itu diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH) dan Kertas Enkuiri Polis (KEP)/OH telah dibuka.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN