Rampasan telefon bimbit selepas tiga laporan polis

Rampasan telefon bimbit selepas tiga laporan polis

EBIT Lew menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual di Mahkamah Majistret Tenom hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Rampasan telefon bimbit saksi, Mohd. Fairuz Abu dilakukan susulan tiga laporan polis yang sedang disiasat oleh pegawai penyiasat Bahagian Seksyen Wanita & Kanak-Kanak D11, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Asisten Superintendan, Salwani Mohd. Hadzir,40, memberitahu mahkamah, beliau hanya mendapat arahan untuk merampas telefon bimbit milik Mohd. Fairuz berkaitan tiga laporan polis yang sedang disiasat.

Walau bagaimanapun, beliau tidak pasti sekiranya Mohd. Fairuz juga disiasat untuk ketiga-tiga laporan polis tersebut.

Menurut beliau, tiga laporan polis itu diklasifikasikan sebagai sulit dan beliau tidak mempunyai akses kepada laporan tersebut.

Namun, beliau sedia maklum bahawa rampasan telefon bimbit Mohd Fairuz yang dilakukan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berkaitan dengan Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37.

Menjawab pertanyaan peguam bela, Ram Singh dalam pemeriksaan balas, Salwani bersetuju dengan cadangan Ram bahawa sebuah telefon bimbit yang dirampas itu berkaitan dengan tiga laporan polis.

Beliau dipanggil sebagai saksi kedua perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew di Makamah Majistret hari ini.

Salwani turut menerangkan kepada mahkamah bahawa segala tindakan yang dibuat adalah atas arahan Deputi Superitendan Noor Asyikin Shamsuri selaku pegawai penyiasat Bahagian Seksual Wanita & Kanak-Kanak, JSJ Bukit Aman.

Setelah merampas telefon bimbit milik Mohd.Fairuz pada 5 Oktober 2021, Salwani bertindak mengeluarkan kad prabayar di dalam telefon bimbit berkenaan sebelum menyerahkan barang rampasan kes tersebut kepada pegawai penyiasat pada 8 Oktober 2021.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Ebit didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Kes dibicarakan dihadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya