Rafizi jawab cabaran bongkar penyelewengan terowong minggu depan

Rafizi jawab cabaran bongkar penyelewengan terowong minggu depan

rafizi
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bakal menjawab cabaran Ahli  Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi bagi membongkar penyelewengan projek terowong Pulau Pinang minggu depan.

Rafizi berkata, beliau sepatutnya menjawab mengenai perkara itu pada Jumaat lalu tetapi terpaksa menangguhkan pembongkaran penyelewengan projek terowong Pulau Pinang yang melibatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng itu

“Saya perlu menangguhkan perkara tersebut kerana jadual penuh serta  polis ingin mempercepat siasatan ini (LCS) dengan memanggil saya untuk dirakam keterangan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini. 

Tambahnya, beliau akan menjawab cabaran tersebut selepas memberi keutamaan terhadap kes LCS pada minggu depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN