RAC lantik kontraktor baharu November ini atasi kes kecurian di

RAC lantik kontraktor baharu November ini atasi kes kecurian di stesen KTM

KEADAAN tempat parkir motosikal yang kini terdedah kepada kes kecurian di Stesen KTM Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Susulan kes kecurian motosikal di Stesen Keretapi Sungai Petani dan Gurun berleluasa, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mengambil tindakan dengan melantik operator pengurusan parkir yang baharu, berkuat kuasa November ini.

RAC dalam satu kenyataan berkata, pelantikan syarikat Adventure Realty Sdn. Bhd. bermula 1 November itu sebagai operator bagi pengoperasian dan pengurusan tempat letak kereta di stesen milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu diharap dapat menghilangkan kebimbangan orang ramai berkaitan isu berkenaan.

“Selain itu, pelantikan operator ini juga bagi membolehkan fasiliti dan persekitaran kawasan tersebut dijaga dan diselenggara dengan baik bagi memastikan keselesaan pengguna.

“Langkah ini diambil selepas operator sedia ada yang menguruskan kedua-dua tapak parkir tersebut iaitu syarikat Gemilang Pesona Fasiliti Sdn. Bhd. menamatkan perkhidmatan mulai 31 Ogos lalu,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan, orang ramai yang meletak kenderaan mereka bagi menggunakan perkhidmatan kereta api di Stesen KTMB Sungai Petani dan Gurun bimbang dengan kes kecurian motosikal yang didapati semakin menjadi-jadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan turut memaklumkan, pihaknya menerima 13 laporan kes kecurian motosikal di kedua-dua stesen tersebut sejak Januari lalu sehingga kini.

Tambah RAC, dalam memastikan keselamatan kenderaan yang diletakkan di dalam kawasan parkir di stesen-stesen kereta api sentiasa diutamakan, mereka mensyaratkan operator yang dilantik untuk mematuhi perkara-perkara ditetapkan termasuk menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan.

“Selain itu, operator juga harus sentiasa memastikan agar keselamatan kenderaan-kenderaan di tapak tersebut sentiasa terjamin daripada sebarang tindakan vandalisme, kecurian, rompakan dan kehilangan.

“Pengawal keselamatan yang dilantik mestilah dalam kalangan warganegara Malaysia sahaja dan mempunyai jadual rondaan kawasan sekitar tempat letak kereta sepanjang tempoh tempat letak kereta beroperasi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.