Pulau Pinang negeri kedua tarik balik darjah kebesaran Najib

Pulau Pinang negeri kedua tarik balik darjah kebesaran Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju menarik balik keahlian Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Zakuan Zakaria, Najib dikurniakan keahlian D.U.P.N. yang membawa gelaran Datuk Seri Utama itu pada 2009.

”Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap beliau atas beberapa pertuduhan.

“Berdasarkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang D.U.P.N. yang membawa gelaran Datuk Seri Utama adalah dibatalkan dan dimansuhkan berkuat kuasa pada 15 September,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri yang dikurniakan kepada Najib pada 1992 dan 2004, berkuat kuasa 12 September lalu.

Untuk rekod, Najib mempunyai sembilan darjah kebesaran dari Selangor, Pahang, Perak, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Mengulas lanjut, Mohd. Zakuan berkata, pembatalan dan pemansuhan keahlian Najib adalah selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 6 dan 8 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta Peraturan 18 Statut Darjah Pangkuan Negeri 2011. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya