Pujukan ‘abang bomba’ selamatkan remaja mahu terjun bangunan

Pujukan ‘abang bomba’ selamatkan remaja mahu terjun bangunan

ANGGOTA bomba berusaha memujuk seorang pelajar dipercayai mengalami kemurungan di sebuah sekolah di Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pujukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun daripada bangunan sebuah sekolah, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 1.53 petang ini.

Kata beliau, sepasukan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Anuar Hamid yang tiba di lokasi tidak lama kemudian mendapati pelajar tersebut berada di tingkat tiga bangunan itu.

“Pasukan bomba mendapati seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun dipercayai  mengalami tekanan berada di atas bumbung anjung tangga di tingkat tiga bangunan sekolah. 

“Tindakan anggota adalah dengan memujuk dan menenangkan mangsa sebelum kemudian dia dibawa turun,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, remaja berkenaan yang berjaya diselamatkan diserah kepada pihak sekolah untuk tindakan kaunseling dan operasi itu tamat pada pukul 2.45 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN