PRU15 musim tengkujuh beri kelebihan BN menang

PRU15 musim tengkujuh beri kelebihan BN menang

NGA Kor Ming (tengah) pada majlis pecah tanah papan tanda Jelapang di Ipoh hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Cadangan Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semasa musim tengkujuh merupakan taktik untuk parti itu memenangi pilihan raya kali ini.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, cadangan itu adalah satu taktik kotor kerana sekiranya kadar pengundi yang keluar mengundi rendah disebabkan banjir, ini akan membolehkan BN menang mudah.

Menurutnya, PRU15 pada musim tengkujuh jelas memberi kelebihan kepada BN sebagai kerajaan untuk menggunakan semua jentera kerajaan jika berlaku banjir.

“Cadangan itu juga mencerminkan sikap hawa nafsu mereka, demi kuasa mereka sanggup mengorbankan kesejahteraan rakyat, itu amat jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

“Selain itu, sekiranya buat PRU15 dibuat pada musim tengkujuh, mereka (BN) boleh pakai segala jentera kerajaan, sebaliknya pembangkang tidak boleh, ini memberi kelebihan kepada BN,” katanya kepada pemberita pada majlis pecah tanah papan tanda Jelapang, di sini hari ini.

Kor Ming berkata, PRU15 yang diadakan pada hujung tahun juga menyusahkan rakyat kerana kemungkinan berlaku banjir.

“Jangan lupa, tahun lepas lapan negeri mengalami banjir besar, 50 orang hilang nyawa, ribuan kereta ditenggelami air dan kerugian RM6.4 bilion.

“Oleh itu, cadangan PRU15 pada musim tengkujuh tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Mengenai pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan (PH), Kor Ming berkata, perbincangan mengenainya masih berjalan lancar.

“Saya dimaklumkan pembahagian kerusi di enam buah negeri sudah siap sepenuhnya.

“Saya jangka minggu depan atau pertengahan Oktober semua pembahagian kerusi sepatutnya kita selesaikan dan kita akan umumkan pada masa yang sesuai,” katanya.

Kor Ming turut mengumumkan Konvensyen PH Nasional buat pertama kali akan diadakan di Ipoh pada 29 Oktober ini dan beliau telah dilantik oleh Majlis Presiden PH sebagai Pengarah konvensyen itu.

“Dijangka lebih 3,000 perwakilan akan datang ke Ipoh pada konvensyen itu nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya