PRU15 musim banjir, bomba tumpu kawasan risiko - Utusan Malaysia

PRU15 musim banjir, bomba tumpu kawasan risiko

ZAINAL Madasin (kiri) memeriksa kelengkapan JBPM Kelantan untuk menghadapi musim tengkujuh semasa Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Bencana Peringkat Jabatan di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia memberikan tumpuan kepada lokasi berisiko banjir sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlaku semasa negeri ini dilanda musim tengkujuh.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, segala persiapan untuk menghadapi PRU15 dan musim tengkujuh yang mencakupi kekuatan anggota, kelengkapan logistik sudah diperkukuh bagi memastikan penugasan pasukan menjadi lebih lancar.

“Langkah awal itu amat penting memandangkan pilihan raya pada musim banjir merupakan pengalaman baharu buat anggota JBPM negeri.

“Kita juga akan menempatkan anggota di kawasan pusat mengundi bagi membantu penugasan sepanjang tempoh pengundian berlangsung,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan September 2022 di Dewan Utama JBPM Kelantan di sini hari ini yang turut hadir Ketua Operasi Bencana Daerah Narathiwat, Thailand, Muhaday Nithatnawaday Chakul.

Zainal memberitahu, pada masa sama, urusan menyelamat seperti pemindahan mangsa-mangsa banjir menjadi keutamaan JBPM.

Katanya, selain itu penugasan membabitkan kes kebakaran dan kemalangan serta lain-lain turut diberikan keutamaan.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti itu sanggup meredah banjir dan hujan lebat jika PRU15 diadakan tahun ini.

Namun, kenyataan itu mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mengatakan pelaksaan PRU-15 ketika negara berdepan banjir adalah sikap tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, ahli politik seharusnya memberi tumpuan terhadap usaha menghadapi banjir dan membantu rakyat, bukannya fokus 100 peratus untuk memenangi PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya