PRU15: KJ kosongkan kerusi Rembau kepada Tok Mat 

PRU15: KJ kosongkan kerusi Rembau kepada Tok Mat 

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengesahkan beliau tidak mempertahan kerusi disandangnya itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, beliau diminta oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau untuk memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan berkenaan.

“Sebagai orang parti, saya patuh kepada pucuk pimpinan dan akan akur kepada arahan beliau untuk tidak bertanding di Parlimen Rembau.

“Saya tiada halangan langsung dengan memberi laluan kepada beliau apabila diminta mengosongkan kerusi tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohamad dilaporkan berkata, selaku Timbalan Presiden Umno, beliau juga perlu bertanding di kawasan Parlimen bagi memainkan peranan di peringkat kebangsaan.

Khairy berkata, beliau tiada masalah memberi laluan kepada Mohamad tetapi  tidak mahu sesuka hati menceroboh kawasan orang lain kerana sudah 20 tahun bertanding di Rembau.

“Tidak pernah terfikir untuk bertanding di kawasan lain, namun sekarang saya akan berusaha jika terdapat kawasan yang mahukan saya. 

“Saya belum menerima sebarang arahan dan akan mengikut apa yang dimahukan oleh UMNO dan di mana saya akan bertanding.

“Sebagai orang parti, saya akan setia dengan UMNO dan mengikut arahan mereka. Sekiranya tidak diberi untuk bertanding pun saya menerima keputusan tersebut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN