PRU15: DAP letak ramai calon muda

PRU15: DAP letak ramai calon muda

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: DAP akan meletak­kan lebih ramai calon muda untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam usaha melahirkan pemimpin baharu parti itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha Agungnya, Antho­ny Loke Siew Fook berkata, parti itu tidak melupakan peranan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan wanita yang turut memperkukuhkan organisasi itu.

“Peluang sudah tentu akan diberi kepada calon muda sebagai pelapis kepada kepemimpinan parti terutamanya di pe­ringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Bukannya tak ada calon mu­da di Parlimen, tetapi lebih ba­nyak peluang akan diberikan kepada mereka di peringkat ne­geri,” katanya pada Kongres Khas DAP 2022 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, se­malam.

Langkah itu katanya, bertujuan melatih mereka menjadi pemimpin negeri sebelum diangkat sebagai pemimpin pe­ringkat kebangsaan

Dalam pada itu, Siew Fook berkata, bukan semua penyan­dang kerusi-kerusi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan dikekalkan.

Buat masa ini katanya, pimpinan tertinggi parti masih belum memuktamadkan sebarang pemilihan calon bagi menghadapi PRU15.

Sementara itu, Siew Fook menegaskan parti itu tidak mempunyai musuh utama dalam PRU15, sebaliknya akan menen­tang mana-mana parti yang memberi saingan kepada parti itu mahupun Pakatan Harapan (PH).

Katanya, ini kerana mana-mana parti yang menjadi sai­ngan sama ada di DUN atau Parlimen sudah dianggap sebagai musuh politik.

“Bagi kita, PH sedia ada adalah empat parti, jadi kita akan lawan mana-mana parti yang bertanding dengan kita.

“Terpulang berapa ramai par­ti yang mahu berlawan, jadi setiap parti yang masuk kawasan untuk bertanding, itu sudah tentu menjadi pesaing kita,” ujarnya ketika ditanya sama ada DAP atau PH mempunyai musuh utama terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.

Ia susulan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua parti komponen perlu sepakat bahawa musuh utama gabungan itu pada PRU15 adalah Barisan Nasional (BN).

Ketika ditanya sama ada PN atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih mempunyai ruang dalam PH, Anthony Loke berkata: “Selagi PH, kita jelas kita tidak ada rundingan dengan mana-mana parti daripada PN.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN