[VIDEO] PRU: Tahun 1999 belum ada perubahan iklim teruk  - Tun

[VIDEO] PRU: Tahun 1999 belum ada perubahan iklim teruk  – Tun M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan November ini kerana ramalan banjir dan angin kencang akibat perubahan iklim pada masa ini amat dahsyat dan mengundang malapetaka kepada penduduk terlibat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keadaan tersebut berbeza pada tahun 1999 apabila PRU diadakan pada November iaitu musim tengkujuh semasa pentadbiran beliau, namun ketika itu belum ada perubahan iklim teruk.

Kata beliau, perubahan iklim yang berlaku sekarang ini  membawa banyak masalah terutama tiupan angin kencang sehingga beratus rumah rebah mengakibatkan berlaku banjir teruk di beberapa negara termasuk Malaysia.

“Sebab itu kali ini di zaman perubahan iklim pada November ini  tidak sesuai untuk diadakan PRU. 

“Saya setuju tidak ada PRU pada November tahun ini dan mungkin tahun depan kerana angin kencang dan banjir boleh membawa malapetaka kepada ramai pengundi kalau mereka cuba mengundi,” katanya di sini semalam.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, sekiranya PRU diadakan pada musim banjir, mereka yang terkesan tidak akan keluar mengundi dan ini bermakna hak mereka hilang kerana keadaan tidak sesuai untuk mereka mengundi.

Kata beliau, pada masa bencana itu apa yang diutamakan aalah usaha-usaha untuk menyelamatkan mereka yang terdedah kepada banjir teruk dan angin kencang yang boleh menjatuhkan rumah-rumah mereka. 

Di Malaysia, beliau menjelaskan, negara terselamat daripada Hurricane iaitu angin kencang daripada lautan pasifik kerana dilindungi pulau-pulau Filipina, tetapi angin daripada  Hurricane ini sampai ke Malaysia dan kerap kali berlaku banjir terutama di Pantai Timur.

“Sekarang ini kita sedar kalau ada banjir dan angin kencang, waktu perubahan iklim kesannya lebih dahsyat daripada dahulu dan air banjir ini meninggi sehingga tenggelam rumah-rumah. 

“Sebab itu bulan November biasanya berlaku angin kencang dan banjir, (jadi) tak sesuai orang ramai bergerak ke sana ke sini. Mereka terpaksa tinggal di tempat tinggi untuk selamatkan diri mereka dari banjir. 

“Pada masa itu mereka tidak bebas untuk ke pusat-pusat mengundi. Kalau mereka cuba juga, mungkin akan ada yang akan terlibat malapetaka,” katanya.

Mengikut rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah menjalankan urusan pilihan raya dalam situasi musim hujan iaitu ketika PRU ke-10 (1999) yang mana Parlimen dibubarkan pada bulan Oktober dan hari pengundian pada November.  

Bagaimanapun ketika itu sudah mula musim hujan di negeri-negeri  Pantai timur tetapi tiada pusat mengundi yang dinaiki air. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN