Promosi makanan Perlis di Thailand

Promosi makanan Perlis di Thailand

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merasmikan promosi masakan Perlis di Wilayah Songkhla, Thailand di Khlong Hae Halal Buffet Seafood Restaurant Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai District, Songkhla, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan merasmikan promosi masakan Perlis di Wilayah Songkhla, Thailand di Khlong Hae Halal Buffet Seafood Restaurant Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai District, Songkhla, semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua dalam inisiatif yang dijayakan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) bersama-sama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) itu disambut oleh pemiliknya, Chutima Hemmun.

Hadir sama mengiringi baginda berdua ialah Datuk Bandar Khlong Hae, Sunti Hemmun; Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Rizuan Abd. Yazid dan bekas Timbalan Ketua Polis Diraja Thailand bagi Region 9, Mejar Jeneral Polis (Bersara), Datuk Pichate Pitisathepan bersama isteri, Datin Nuranee Pitisathepan.

Shamiza Mohd. Nor yang merupakan pengusaha Shamiza Restoran di Kampung Gial Perlis membantu membimbing chef di restoran berkenaan menyediakan menu istimewa berupa kurma daging Perlis yang akan disajikan dalam menu tetap restoran berkenaan.

Restoran-restoran lain di Wilayah Songkhla yang pernah terlibat sama dalam program promosi masakan Perlis adalah Sami Kitchen, Restoran Halal Kai Tod Decha dan Restoran Hamid.

Program tersebut diadakan bersempena aktiviti berbasikal Kayuhan Cakna Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut mempelawa masyarakat Thailand khususnya dari Wilayah Songkhla dan juga Satun yang bersebelahan dengan Perlis untuk datang melawat negeri ini.

Antara lokasi baharu menarik di negeri ini ialah seperti Projek Transformasi Diraja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis, Wang Kelian View Point, beberapa lokasi pelancongan di sekitar Sungai Batu Pahat, Bukit Ayer, Kaki Bukit, Gua Kelam, Tasoh, Bukit Chabang, Kampung Balik Bukit serta banyak kedai-kedai makan yang menarik.

Nasihat Tuanku Syed Faizuddin kepada para pengusaha pelancongan dan juga makanan di negeri ini supaya sentiasa memastikan tahap kebersihan di tahap paling tinggi  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya