Polis tahan lima lelaki, rampas 46,000 liter diesel bersubsidi 

Polis tahan lima lelaki, rampas 46,000 liter diesel bersubsidi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menggagalkan cubaan menyeleweng minyak diesel bersubsidi sebanyak 46,000 liter  bernilai RM105,800 di sebuah stesen minyak di Jalan Harimau, Taman Abad, di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya turut menahan lima lelaki berusia antara 24 hingga 42 tahun.

“Dalam serbuan yang dijalankan pada pukul 2 pagi itu di stesen minyak berkenaan, polis menahan suspek berusia 42 tahun dan merampas sebuah lori dengan muatan diesel bersubsidi.

“Ekoran tangkapan pertama, polis menyerbu sebuah lokasi berasingan di Taman Ungku Tun Aminah pada pukul 2.30 pagi dan menahan suspek kedua berusia 29 tahun berserta rampasan wang tunai berjumlah RM17,722.

“Susulan kejayaan dua serbuan berkenaan, polis menjalankan serbuan ketiga di Jalan Belati, Taman Perindustrian Kempas yang merupakan lokasi simpanan minyak diesel bersubsidi dan menahan tiga lelaki warga asing berusia antara 26 hingga 34 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, susulan kejayaan tiga operasi berkenaan, polis telah menahan lima suspek dan membuat rampasan keseluruhan bernilai RM159,722.

“Siasatan lanjut mendapati dua suspek warga tempatan yang ditahan mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya