Polis rampas daging babi, arak bernilai RM27,935

Polis rampas daging babi, arak bernilai RM27,935

BAHRIN MOHD. NOH menunjukkan sebahagian hasil rampasan daripada seorang lelaki pada 6 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Daging babi hutan dan pelbagai jenis arak dirampas daripada seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Harmoni, Simpang Renggam, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis (IPD) Daerah Kluang pada pukul 5 petang itu, pihaknya turut merampas selaras senapang patah, satu beg berwarna hijau, enam butir peluru Buck Shot, empat butir peluru SB Corona dan sebutir peluru Kerambit 1.

“Rampasan lain 83 bungkusan plastik dipercayai mengandungi daging babi hutan, 28 karton minuman beralkohol tanpa cukai, seunit peti sejuk dan sebuah kereta. Nilai keseluruhan rampasan termasuk cukai adalah RM27,935,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Kluang, dekat sini hari ini.

Katanyam Kes disiasat mengikut Seksen 8(a) Akta Senjata 1960 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimun tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Tahanan juga disiasat mengikut Seksen 135(1) Akta Kastam 1967 yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga 20 kali nilai rampasan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kesalahan turut disiasat mengikut Seksen 60 (1) (b) Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimun dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya 

Warga emas tersebut kini ditahan reman empat hari hingga 10 September ini untuk membantu siasatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya