Polis kawal rapi lokasi helikopter terhempas

Polis kawal rapi lokasi helikopter terhempas

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Perak melaksanakan kawalan rapi di lokasi nahas helikopter ditemukan terhempas di Hutan Simpan Chikus berhampiran Kampung Kenangan, Bidor, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kawalan tersebut dilakukan sehingga siasatan selesai dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara dan Bahagian Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Siasatan di lokasi kejadian bermula hari ini. Selepas siasatan selesai, helikopter itu akan diserahkan kepada pemilik untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, bedah siasat ke atas mayat mangsa dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada pukul 9 pagi hari ini.

Katanya, pihak polis dimaklumkan isteri mangsa masih berada di luar negara dan dijangka tiba ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan sukarelawan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat yang berjaya membantu mengesan pesawat dan mangsa,” katanya.

Operasi mengesan helikopter Eurocopter EC120B milik syarikat swasta itu dijalankan selepas gagal dihubungi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada pukul 12.16 tengah hari kelmarin.

Mayat juruterbang, Tsz Kin Richard Chan, 58, itu bagaimanapun berjaya ditemukan pasukan operasi SAR di bahagian kokpit helikopter di dalam hutan simpan tersebut.

Mangsa adalah warganegara Hong Kong dan bekerja dengan syarikat swasta penerbangan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.