PM tidak boleh adakan PRU-15 kerana ugutan - Anwar

PM tidak boleh adakan PRU-15 semata-mata kerana ugutan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya semata-mata diugut pihak tertentu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun partinya sudah bersedia dan rundingan kerusi berjalan lancar, PRU15 tidak boleh dibuat dengan terburu-buru.

“Perdana Menteri tidak boleh tetapkan tarikh pilihan raya atas ugutan pihak kecil, kepentingan mereka untuk bebaskan kes mahkamah dan sebagainya.

“Kita tahu pilihan raya semakin hampir. Dalam Pakatan Harapan (PH) juga, kita sudah bersiap sedia dan menggerakkan jentera pilihan raya serta membuat rundingan (kerusi),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi panel pada Sesi Townhall Pentas Interaksi Anak Muda hari ini.

Mengenai soal agihan kerusi, Anwar yang juga Pengerusi PH menjelaskan, rundingan kerusi antara parti sudah dilaksanakan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Namun, Anwar memaklumkan hasrat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyertai PH masih belum diputuskan buat masa ini.

“Kita ambil pandangan semua. Walaupun ada alasan, kita kena bincang secara teliti implikasinya. 

“Sesiapa juga yang bersama dengan PH, dia ada prinsip utama yang harus diterima. Ada parameter yang harus diterima pakai. Tapi, kita harus beri ruang untuk bincang dengan baik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN