Petani rugi bumbung rumah rosak dihempap pokok durian

Petani rugi RM15,000 bumbung rumah rosak dihempap pokok durian

KEADAAN kediaman Mohamed Ibrahim yang musnah selepas dihempap pokok durian dalam kejadian di Kampung Likong, Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang petani kerugian RM15,000 apabila bumbung rumahnya rosak akibat dihempap sebatang pokok durian dalam kejadian ribut di Kampung Likong, Limbat Pasir Tumboh, petang semalam.

Kejadian pukul 6.30 petang itu menyebabkan kawasan ruang tamu dan bahagian dapur rumah milik Mohamed Ibrahim, 62, bukan sahaja rosak malah turut dibasahi hujan.

Mohamed berkata, semasa kejadian dia tiada di rumah kerana keluar bekerja dan sama sekali tidak menyangka ribut kencang petang semalam telah menumbangkan pokok durian yang berada di hadapan rumahnya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia hampir hilang tempat tinggal kerana rumah tersebut merupakan harta peninggalan orang tua.

“Jujurnya saya buntu memikirkan perkara ini (rumah rosak) kerana kerja-kerja membaik pulih memerlukan perbelanjaan yang banyak.

“Ditambah pula pendapatan tidak menentu menyulitkan saya untuk melakukan kerja-kerja pembaikan itu,” katanya semasa menerima kunjungan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kubang Kerian, Rahim Hasan di sini hari ini, yang turut menyampaikan bantuan kecemasan.

Sehubungan kejadian itu, Mohamed berharap agar ada pihak yang dapat membantu meringankan bebannya untuk membaik pulih bumbung rumah yang rosak di pukul ribut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya