Perjanjian dengan PN, itu cerita lama - Ismail Sabri

Perjanjian dengan PN, itu cerita lama – Ismail Sabri

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bergambar bersama bekas-bekas atlet kebangsaan pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-7 yAKEB di Kuala Lumpur. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap perjanjian dengan Perikatan Nasional (PN) yang dibocorkan baru-baru ini, sebagai cerita lama.

Ismail Sabri ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-7 Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) Ke-7 di sini hari inui berkata, perjanjian itu bukan cerita baharu.

“Itu dah lama, bukan cerita baharu,” katanya  ketika diminta mengulas mengenai perjanjian yang dibocorkan penulis blog, Raja Petra Kamarudin sebelum diulas bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam di laman Facebooknya.

IDRUS HARUN

Sebelum ini, Lokman mendakwa, dalam surat perjanjian itu, Ismail Sabri bersetuju mengekalkan Tan Sri Idrus Harun sebagai peguam negara yang sebelum itu dilantik ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Lokman juga mendakwa, dalam perjanjian tersebut, Perdana Menteri juga berjanji mengekalkan jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat milik kerajaan (GLC) dari Bersatu dan Pas.

Terbaharu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan mengulas lanjut mengenai kesahihan perjanjian didakwa antara Ismail Sabri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibocorkan Raja Petra.

Antara kandungan yang dibocorkan oleh Raja Petra ialah mendakwa Perdana Menteri bersetuju untuk menyegerakan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah.

AZALINA OTHMAN SAID

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengesahkan bahawa beliau telah menerima peletakan jawatan peletakan jawatan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia).

“Sudah keluar (penerimaan peletakan jawatan), saya ingat semua media sudah keluar. Dia (Azalina) sudah hantar surat letak jawatan dan saya menerima suratnya,” kata Perdana Menteri.

Kelmarin, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, Ismail Sabri telah menerima perletakan jawatan Azalina dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.

Azalina telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia), Jabatan Perdana Menteri bertarikh 29 Ogos 2022.

Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, beliau tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya