Perdana Menteri bantu mangsa kebakaran di Kampung Cina

Perdana Menteri bantu mangsa kebakaran di Kampung Cina

MOHAMMAD Anuar Mohd. Yunus (kanan) diberi penerangan mengenai kebakaran yang berlaku di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini. - FOTO/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 12 mangsa kebakaran di Kampung Cina di sini, menerima bantuan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang hari ini.

Sumbangan atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd. Yunus. 

Menurut Mohammad Anuar, Perdana Menteri melahirkan rasa simpati dengan bencana tersebut dan telah mengarahkannya segera ke Terengganu untuk menemui mangsa yang terlibat.

“Difahamkan, lokasi kebakaran yang terletak di bawah tanah berstatus Lesen Kependudukan Sementara (TOL) menyukarkan bantuan disalurkan oleh kerajaan.

“Namun begitu, pelbagai bantuan awal telah diberikan kerajaan negeri dan sebanyak RM1,000 lagi disumbangkan oleh Perdana Menteri kepada setiap keluarga terlibat hari ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di tapak kebakaran di Kampung Cina, di sini hari ini.

Mohammad Anuar terdahulu diberi taklimat ringkas oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid.

Beliau turut sempat meluangkan masa hampir sejam bersama mangsa sambil berharap mereka dapat bersabar dan terus tabah menghadapi ujian bencana yang menimpa pada Ahad lalu itu.

Mohammad Anuar memberitahu, beliau akan  berbincang dengan Perdana Menteri tentang kaedah sesuai bersama agensi-agensi lain untuk menghulurkan bantuan berikutnya selepas ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya