Perbincangan dengan UMNO masih berjalan - Pas

Perbincangan dengan UMNO masih berjalan – Pas

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Perbincangan antara Pas dengan UMNO dalam konteks Muafakat Nasional (MN) masih berjalan seperti biasa bagi mewujudkan kestabilan politik terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, selain UMNO parti itu turut mengadakan perbincangan dengan pihak pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik.

“Malah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk tujuan ini.

“Begitu juga di Sabah dan Pas mahu kestabilan politik lebih baik untuk negara pada masa hadpan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Harta Pusaka Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli memberitahu, tiada sebarang undang-undang dalam negara ini yang menyekat sesiapa untuk menjadi Perdana Menteri untuk beberapa kali sekali pun.

Katanya, Tun Mahathir Mohamad boleh kembali menjadi Perdana Menteri jika mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Selain Mahathir orang lain pun boleh berbuat sama jika mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya