Penyakit demam babi Afrika dikesan di Kerian - Utusan Malaysia

Penyakit demam babi Afrika dikesan di Kerian

GAMBAR hiasan. Tindakan pantas melupuskan seribu ekor babi bertujuan mengurangkan penyebaran penyakit demam babi. – BETH FERRY, MICHIGAN STATE UNIVERSITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penyakit demam babi Afrika atau ‘African Swine Fever ‘(ASF) dikesan menjangkiti dua ladang ternakan komersial di Kerian.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, penyakit itu terkawal dan pemindahan keluar masuk babi dan produknya dari zon pemantauan dikawal ketat.

“Penyakit ASF adalah zoonotik iaitu tidak berjangkit kepada manusia, jadi orang ramai tidak perlu panik. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri telah melaksanakan beberapa tindakan berbentuk kawalan dan pencegahan rebakan penyakit ASF yang berlaku dua kawasan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Razman, antara langkah yang diambil oleh JPV Perak ialah menyita ladang ternakan yang dijangkiti dan menahan pergerakan keluar masuk babi dan kenderaan.

Katanya, JPV Perak turut melaksanakan pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan di ladang ternakan yang terjangkit.

“Selain itu, siasatan persampelan pada haiwan ternakan komersial dan rumah sembelih turut dilakukan termasuk berkempen kepada pengusaha ladang babi untuk memperketat biosekuriti ladang dan syarat pindah babi dan produknya dari negeri ini ke seluruh Semenanjung,” katanya.

Katanya, tindakan pelupusan segera ke atas 88 ekor baki populasi babi yang terjangkit ASF dijangka selesai pada hari ini.

Jelasnya, pelupusan yang dilakukan itu adalah mengikut prosedur operasi standard piawaian yang ketat dan terkawal.

“Pelupusan yang dijalankan juga tidak memberi impak yang besar ke atas hasil pengeluaran,” katanya.

Semalam, media melaporkan JPV telah mengesahkan kejadian penyakit ASF pada dua ladang babi komersial di Daerah Kerian melalui ujian ‘Polymerase Chain Reaction'(PCR) yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) Ipoh pada 17 dan 18 September lalu. 

Langkah proaktif telah dilaksanakan sebagai pencegahan penularan wabak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya