Penunggang motosikal maut langgar tapir - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut langgar tapir

KEADAAN kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal yang maut selepas melanggar tapir di Kilometer 17, Jalan Seremban - Kuala Pilah, dekat Ulu Bendul, Kuala Pilah malam tadi. - GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan dengan seekor tapir di Kilometer 17, Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Ulu Bendul, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.15 malam membabitkan seorang lelaki berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda RS150.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa sedang bergerak terus dari arah Seremban hendak menuju ke Kuala Pilah seorang diri.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba seekor tapir melintas jalan lalu mangsa tidak sempat mengelak dan terus melanggar tapir tersebut dan tercampak ke tepi jalan. Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Kuala Pilah bagi tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya