Penunggang basikal maut terperosok bawah bas

Penunggang basikal maut terperosok bawah bas

MANGSA parah sebelum meninggal dunia akibat basikalnya dirempuh sebuah bas selepas mengelak gumpalan tar dekat Kilometer 20 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, Ijok di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perjalanan seorang penunggang basikal yang menyertai konvoi bertukar tragedi apabila maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer 20 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, Ijok di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam pukul 9.43 pagi.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa berusia 36 tahun melanggar gumpalan tar di kiri jalan tersebut.

“Ia kemudian menyebabkan basikal ditunggangnya terbabas dan terjatuh di kanan laluan berkenaan. Pada waktu itu, sebuah bas cuba mengelak dengan menekan brek namun gagal dan berlaku perlanggaran dengan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ramli berkata, mangsa  dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan pada pukul 11.12 pagi tadi. Pemandu bas berkenaan yang berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya tiba di lokasi kejadian pukul 8.38 pagi.

“Pemeriksaan mendapati penunggang basikal itu terperosok di bawah bas dan turut cedera parah. Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pasukan perubatan bagi tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya