Penjara nafi dakwaan Najib tidak ditempat dalam sel - Utusan Malaysia

Penjara nafi dakwaan Najib tidak ditempat dalam sel

KENYATAAN palsu yang melibatkan Najib Tun Razak. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ditempatkan di dalam sel penjara sebaliknya di sebuah rumah pegawai penjara di Penjara Kajang.

Jabatan itu dalam kenyataan berkata, dakwaan yang tersebar itu sebagai palsu dan tidak sahih.

“Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya,” katanya di Facebook rasmi jabatan itu hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar dipercayai satu perbualan di WhatsApp mendakwa Najib tidak ditempatkan di dalam sel di Penjara Kajang.

Tangkap layar itu turut mendakwa Najib ditempatkan di sebuah rumah pegawai kanan Penjara Kajang yang terletak dalam kawasan penjara tersebut.

“Najib tidak berada di dalam sel. Seorang sahabat yang sepupunya adalah seorang pegawai senior penjara di Kajang maklumkan Najib diberikan sebuah rumah di dalam kawasan penjara.

“Rumah berkenaan adalah untuk pegawai senior penjara,” dakwa mesej tersebut.

Sebelum ini, turut terdapat dakwaan nama Najib tidak dimasukkan dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia dan hal itu juga ditularkan di media sosial.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya