Pengawal keselamatan maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Pengawal keselamatan maut dalam perjalanan ke tempat kerja

SEORANG pengawal keselamatan maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Gadut berhampiran SDAR di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pengawal keselamatan Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) yang dalam perjalanan ke tempat kerja, maut dirempuh sebuah kereta Proton Wira dalamkemalangan di Jalan Sungai Gadut berhampiran sekolah tersebut, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, Nor Azeman Ismail, 53, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Wira dipandu seorang lelaki berusia 62 tahun dari arah bertentangan  hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam laluan motosikal lalu melanggar mangsa di bahagian hadapan.

“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa penunggang motosikal tersebut jatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Nanda, ketika kejadian, mangsa yang bertugas sebagai pegawal keselamatan di SDAR bergerak dari arah Senawang menuju ke arah Rantau seorang diri untuk ke tempat kerja di sekolah tersebut sebelum terlibat kemalangan.

“Pemandu Proton Wira pula mengalami kecederaan luka pada bahagian tangan kanan,” katanya.

Nanda berkata, mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya