Pengarah urusan warga Jepun ditemukan mati tergantung

Pengarah urusan warga Jepun ditemukan mati tergantung

ZAIDY CHE HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga Jepun yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat ditemukan mati dalam keadaan tergantung pada alang besi di sebuah kilang aluminium di Kawasan Perindustrian Ringan Sungai Tukang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang lelaki kira-kira pukul 7.55 pagi, semalam.

“Si mati yang berusia 47 tahun ditemukan tergantung pada alang besi dengan menggunakan tali nilon di tingkat bawah kilang. Jarak ketinggian dengan lantai kira-kira lima meter selain terdapat tangga bersebelahan si mati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, hasil temu bual bersama saksi kejadian mendapati lelaki warga asing terbabit merupakan pengarah syarikat dengan syarikat induk terletak di Jepun.

“Mangsa telah hampir 10 tahun bekerja dengan syarikat tersebut. Dia juga telah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berada di negara asalnya,” ujarnya.

Menurutnya, mangsa ada menceritakan tentang keadaan syarikat yang mempunyai masalah kewangan sejak dua tahun lalu.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dengan beberapa sampel telah diambil bagi tujuan ujian lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, dekat sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya