Penantian ini sangat mendebarkan - Uyaina Arshad

Penantian ini sangat mendebarkan – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, mengakui tidak sabar menunggu kehadiran bayi sulungnya yang bakal dilahirkan dalam masa terdekat.

Menurut pengacara program Wanita Hari Ini itu, perasaannya ketika ini, bercampur baur dan berharap proses melahirkan bayi itu nanti berjalan lancar.

“Saya sudah mengambil cuti sejak minggu lepas dan kini hanya duduk di rumah menunggu kehadiran bayi sulung yang dijangka dilahirkan pada 8 Ogos ini. Insya-Allah.

“Perasaan saya bercampur baur. Saya tentunya tidak sabar mahu menyambut kehadiran anggota keluarga baru kami nanti.

“Ia penantian yang sangat mendebarkan. Setiap hari saya berteka teki, bila baby akan keluar?,” katanya.

Memandangkan ia pengalaman pertama melahirkan anak, Uyaina berkata, dia banyak merujuk dan bertanya mereka yang pernah melalui detik mendebarkan itu sebagai persediaan.

“Pelbagai maklum balas yang saya terima kerana setiap ibu melalui pengalaman berbeza. Selagi tidak melaluinya, saya tidak tahu bagaimana.

“Saya cuba untuk berfikiran positif dan banyak berdoa semoga segala urusan dipermudahkan,” tambahnya.

Selain itu, Uyaina juga memaklumkan, dia telah dinasihatkan doktor agar segera ke hospital sekiranya belum menunjukkan tanda untuk bersalin apabila kehamilannya sudah mencapai tempoh matang.

“Ia bagi mengelakkan bayi berada terlalu lama dalam kandungan. Saya kena bersedia dan berharap semuanya berjalan tanpa sebarang masalah,” ujarnya.

Disoal tentang suaminya, Raja Syahiran, Uyaina memaklumkan, penyanyi tersebut teruja melakukan pelbagai persediaan untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka.

“Dia sediakan banyak benda untuk keperluan saya dan bayi, terutama kelengkapan selepas bersalin nanti.

“Seperti saya, dia juga berdebar menunggu kehadiran cahaya mata kami nanti,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya