Pemilik syarikat dituduh palsukan pendaftaran PenjanaKerjaya

Pemilik syarikat dituduh palsukan pendaftaran pekerja PenjanaKerjaya

EZZA Suria Muda (tengah) yang dituduh memalsukan borang pendaftaran pekerja PenjanaKerjaya dibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pemilik sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan memalsukan dua borang pendaftaran pekerja di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) 1.0, dua tahun lalu.

Tertuduh, Ezza Suria Muda, 37, yang merupakan pemilik Syarikat ESM Suria Enterprise bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan hakim Dazuki Ali. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 3 November 2020 dan 23 November 2020 di Akademi Binaan Wilayah Timur, Hulu Terengganu. 

Tertuduh didakwa telah memalsukan dokumen iaitu borang pendaftaran pekerja dibawah Peraturan-Peraturan (AM) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 (Peraturan 10,12 dan 12 A) yang mengandungi senarai nama pekerja ESM Suria Enterprise dengan niat supaya dokumen palsu tersebut digunakan bagi tujuan hendak menipu. 

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan dibawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda. 

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM10,000 oleh seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta dikehendaki melaporkan diri ke pejabat SPRM berdekatan setiap bulan. 

Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 18 Oktober ini. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Difahamkan, kes berkenaan merupakan kes pertama didakwa susulan siasatan dijalankan SPRM dan Perkeso sebelum ini. 

Sebelum ini, SPRM dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melancarkan Ops Hire bagi menyiasat isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya (Penjana Kerjaya) di beberapa negeri.

Program PenjanaKerjaya adalah  inisiatif diambil kerajaan untuk membantu golongan majikan dan pekerja semasa mendepani cabaran ekonomi sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Perkeso sebelum ini turut menggantung bayaran insentif PenjanaKerjaya sebanyak RM423 juta susulan terdapat penyelewengan dan tuntutan palsu membabitkan pihak majikan dan penyedia latihan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya