Pemandu maut, treler sarat muatan simen terbalik

Pemandu maut, treler sarat muatan simen terbalik

ANGGOTA polis dan bomba berusaha mengeluar mangsa yang tersepit di bawah treler yang terbalik di KM118, Jalan Kota Bharu-Machang-Grik, Batu Melintang, Jeli, Kelantan, hari ini. - FOTO/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Seorang pemandu treler yang sarat membawa muatan simen maut selepas kenderaan yang dipandunya itu hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 118, Jalan Kota Bharu-Machang-Gerik, dekat Batu Melintang di sini hari.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Roslan Ab. Rahman, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terjatuh dan tersepit di bawah treler tersebut.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Ariffin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu treler jenis Volvo yang sarat membawa muatan simen.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan sebelum terbalik.

“Insiden itu menyebabkan mangsa jatuh dan tersepit di bawah treler itu. 

“Mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Jeli sebelum dihantar ke Hospital Jeli di sini untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung nahas itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya