Pemandu lori periksa tayar bocor maut dilanggar motosikal

Pemandu lori periksa tayar bocor maut dilanggar motosikal

TANGKAP layar pemandu lori yang cedera parah dilanggar sebuah motosikal ketika memeriksa keadaan tayar lori yang bocor di Kilometer 21.8 Lebuhraya Utara-Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang pemandu lori maut dilanggar sebuah motosikal semasa memeriksa keadaan tayar yang bocor di Kilometer 21.8 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat sini petang semalam.

Pemandu lori berusia 39 tahun itu cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, anggota trafik dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima laporan kejadian pada 1.10 petang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila lori dipandu mangsa telah mengalami kerosakan, iaitu tayar bocor. 

“Mangsa kemudian memberhentikan lori di lorong kecemasan untuk turun melihat keadaan tayar lori sebelum dilanggar motosikal Honda C100 dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat.

Penunggang motosikal itu turut mengalami cedera parah pada bahagian badan dan kepala turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Kenderaan terlibat akan dibawa ke Pejabat Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd. (Puspakom) untuk pemeriksaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya