REMBAU: Seorang pemandu lori maut, manakala tujuh anggota polis cedera parah dalam nahas empat buah kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, kejadian berlaku ukul 3.40 petang tadi dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh pegawai penyiasat di lokasi kejadian.
Bagaimanapun menurutnya, daripada maklumat awal, kemalangan melibatkan satu van pasukan polis Johor Bharu Utara, sebuah lori dan dua buah kenderaan lain.
“Tujuh anggota polis didapati mengalami kecederaan parah manakala pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Semua mangsa dalam proses dibawa ke hospital berdekatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN









