Pemandu kenderaan berat penyebab kesesakan

Pemandu kenderaan berat penyebab kesesakan

ANGGOTA penguat kuasa JPJ Pulau Pinang memeriksa cermin kenderaan seorang pemandu dalam Ops Khas Pengarah JPJ di Plaza Tol Juru Arah Utara, Butterworth, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 30 saman terhadap pemandu kenderaan berat dalam Ops Khas Pengarah JPJ di Plaza Tol Juru Arah Utara, di sini awal pagi tadi.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Mat Isa berkata, operasi yang berlangsung bermula pukul 10 pagi sehingga 1 pagi itu menyasarkan pemandu kenderaan berat yang menggunakan lorong kanan secara berterusan sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

Jelas beliau, pemandu kenderaan berat tidak boleh secara berterusan menggunakan lorong paling kanan di mana-mana lebuh raya kecuali untuk memotong.

Namun ujarnya, seperti sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir pemandu kenderaan berat yang kekal memandu di lorong kanan melebihi tiga kilometer sebelum memasuki lorong kiri.

“Hanya dalam tempoh 10 jam bermula pukul 10 pagi (semalam), sebanyak 30 notis telah dikeluarkan bagi kesalahan ini.

“Kedegilan pemandu kenderaan berat ini bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain tetapi turut akan menjejaskan kelancaran aliran trafik,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 336 kenderaan diperiksa dan 112 daripadanya dikenakan tindakan membabitkan pelbagai kesalahan antaranya lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan ubah suai kenderaan. 

Tambahnya, dalam operasi yang dijalankan bersama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (MOTAC) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu, pihaknya turut mengesan terdapat bas ekspres yang tidak menyediakan pemandu kedua.

Malah ujarnya, terdapat pemandu bas ekspres yang cuba mengelirukan penguat kuasa untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan.

“Ada pemandu yang menipu dengan mengatakan dia bertolak dari Ipoh, Perak sedangkan bas terbabit memulakan perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke sini.

“Berdasarkan peraturan, pengusaha bas ekspres perlu menyediakan  pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) untuk menjamin keselamatan penumpang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya