Pekerja pembersihan maut motosikal rempuh lori di Lipis

Pekerja pembersihan maut motosikal rempuh lori di Lipis

KEADAAN kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Taman Emas, Kuala Lipis di Lipis, Pahang. - IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang lelaki warganegara Myanmar berusia 31 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori yang diparkir di bahu jalan dalam kemalangan di Taman Emas di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 7.55 malam itu, Mahbu Rahman Shobi Rahman seorang pekerja pembersihan menunggang motosikal jenis Honda EX5 meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, siasatan polis mendapati mangsa menunggang motosikalnya secara melawan arus jalan dari arah taman perumahan menghala keluar ke jalan utama.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah mengelak sebuah kereta yang melalui jalan tersebut lalu terbabas dan melanggar sebuah lori jenis Isuzu yang diparkir di bahu jalan tanpa pemandu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN