Pekerja kilang getah maut, lengan tersepit di mesin

Pekerja kilang getah maut, lengan tersepit di mesin

MAZLAN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang pekerja lelaki berusia 39 tahun maut apabila tangan kirinya putus akibat tersepit di celah mesin di sebuah kilang getah di Jerantut Feri, di sini semalam. 

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, polis menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mazlan Hassan berkata, hasil siasatan di tempat kejadian, kemalangan itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja tiba-tiba tangan kirinya tersepit di mesin hingga ke paras lengan.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut berjaya mengeluarkan mangsa daripada mesin dan didapati lengan tangan kiri mangsa terputus sepenuhnya.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mazlan, hasil bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Jerantut mendapati punca kematian mangsa akibat kehilangan darah yang banyak. 

Beliau menasihatkan pekerja kilang yang melibatkan penggunaan mesin dan jentera berat supaya berwaspada serta berhati-hati ketika melakukan tugas di tempat kerja.

“Keutamaan sewaktu bekerja, iaitu sentiasa memahami serta mematuhi semua prosedur kerja untuk menggelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Ujarnya, mayat mangsa dibawa ke surau Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut untuk disembahyangkan dan selepas itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mat Kilau di sini pada pukul 12 tengah malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya