Pekerja binaan warga Bangladesh maut tertimbus

Pekerja binaan warga Bangladesh maut tertimbus

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki Bangladesh maut akibat tertimbus dalam runtuhan di tapak pembinaan sebuah bangunan di Jalan Ampang dekat sini tengah malam tadi. 

Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.23 tengah malam.

Sebanyak dua jentera dari dari BBP Jalan Tun Razak serta bantuan BBP Keramat dengan kekuatan 20 orang anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan, Nurul Adha Abdul Majid berkata,  setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati berlaku runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan dalam pembinaan dan runtuhan tersebut melibatkan seorang mangsa tertimbus. 

“Anggota bomba bertindak memotong dan memecahkan besi konkrit bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan. 

“Mangsa telah berjaya dibawa keluar dari timbunan konkrit pada 7.23 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya, mangsa dikenal pasti pekerja binaan bangunan tersebut dan disahkan meninggal dunia.

“Mayat kini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN