Pejabat, bengkel kenderaan IPK Kedah terbakar

Pejabat, bengkel kenderaan IPK Kedah terbakar

SEBAHAGIAN kenderaan yang musnah dalam kebakaran melibatkan bengkel kenderaan dan pejabat pengangkutan IPK Kedah di Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 13 unit kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) musnah dalam kebakaran melibatkan bengkel kenderaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, pagi ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kebakaran itu turut memusnahkan pejabat pentadbiran pengangkutan serta kelengkapan dan peralatan di bengkel dan pejabat itu dalam kejadian pada 4.45 pagi.

“Kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau pun kehilangan nyawa dan punca kejadian masih belum dikenal pasti.

“Anggaran kerugian juga masih dalam siasatan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah memaklumkan, setiba pasukannya ke lokasi kejadian, api didapati sedang marak.

“Pegawai dan anggota terlibat kemudian diarahkan untuk memakai alat pernafasan sebelum melakukan usaha pemadaman menggunakan lapan aliran hos.

“Setelah beberapa lama, kebakaran di bangunan berkeluasan 35×150 kaki itu berjaya dipadamkan. Anggaran peratusan kebakaran dianggarkan sebanyak 80 peratus,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.