Pasangan kembar positif dadah serang pemandu lori

Pasangan kembar positif dadah serang pemandu lori

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis menahan pasangan kembar yang dipercayai menyerang seorang pemandu lori di Pandan Jaya, di sini semalam. 

Suspek berusia 36 tahun ditahan polis di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil dan Taman Puchong Utama, Puchong antara pukul 11.10 pagi hingga 11.55 pagi oleh sepasukan polis selepas polis menerima laporan daripada mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika kejadian, mangsa berhenti di depan sebuah kedai untuk menurunkan barang kira-kira 5.20 petang, semalam.

MOHAMAD FAROUK ESHAK

Menurutnya, suspek yang kebetulan lalu dengan menaiki motosikal berang selepas laluan itu dikatakan terhalang.

“ Suspek menyerang pengadu dengan menolak mangsa sebelum seorang lagi suspek turut melakukan tindakan sama.

“Kedua-dua suspek kemudian masuk ke dalam stor kedai dan menyerang mangsa sekali lagi di bahagian kepala dan tangan dengan penanda harga sebelum beredar meninggalkan lokasi,” katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Menurutnya, akibat kejadian itu, pengadu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan serta mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Ujar beliau, suspek  menerima tiga jahitan di tangan kanan dan dua jahitan di tangan kiri.

“Pemeriksaan mendapati seorang daripada suspek mempunyai lima rekod lampau manakala seorang lagi mempunyai tiga rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek didapati positif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN