Pas terbuka runding hingga hari penamaan calon

Pas terbuka runding hingga hari penamaan calon

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas memberi tempoh masa sehingga hari penamaan calon kepada UMNO untuk berunding mengenai kerusi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari memberikan tempoh tersebut kerana mahu memastikan kedua-dua parti itu tidak bertembung antara satu sama lain hingga menyebabkan perpecahan undi.

Katanya, jika berlaku perpecahan undi, kemungkinan besar kerusi itu akan dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH).

“Walaupun Barisan Nasional (BN) mahu bergerak solo tetapi Pas tetap usahakan rundingan. Kita nak selamatkan kerusi daripada dimenangi PH dan tidak bertembung dengan UMNO.

“Kita terbuka adakan rundingan dan kita akan usahakan sampai hari penamaan calon terutamanya 27 kerusi yang dilihat berpotensi dimenangi UMNO dan Pas untuk elak bertembung satu sama lain,” katanya dalam sidang media selepas berakhirnya Muktamar Pemuda Pas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lalu, UMNO dan Pas bertembung tujuh kerusi manakala di PRN Johor, kedua-dua parti bertembung 11 kerusi.

Bagaimanapun, kata Fadhli, 27 kerusi kritikal itu tidak melibatkan kerusi di Kelantan dan Terengganu. 

“Kerusinya fleksibel, sudah tentu tidak kepada negeri yang tidak dimenangi PH seperti Kelantan dan Terengganu, mereka tak menang walau satu kerusi pun.

“Tetapi kemungkinan ada di negeri-negeri seperti di Kedah, Perak…itu akan dikeluarkan (diumumkan) apabila tiba harinya,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhli berkata, Pemuda Pas akan membawa usul 30 peratus anak muda sebagai calon PRU15 kepada muktamar agung esok.

“Kita akan bawa usul calon anak muda sebanyak 30 peratus dan reaksi perwakilan setakat ini menyambut baik usul tersebut.

“Ia bukan penanda aras kerana kalau layak (dapat kerusi) tak ada masalah tapi adakah kita sudah bersedia? Kita lihat ia sebagai satu cabaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN