Pas sedia bersama BN asalkan PH tidak tawan Putrajaya - Utusan Malaysia

Pas sedia bersama BN asalkan PH tidak tawan Putrajaya

IDRIS Ahmad melepaskan peserta Konvoi Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Keluarga Malaysia di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pas memberi bayangan akan bersedia bekerjasama rapat dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad ketika mengulas isu itu malah mengulangi kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam yang menolak Pakatan Harapan (PH).

“Kita (Pas) sedia bekerjasama dengan BN dan kesemua parti Melayu Islam asalkan matlamatnya PH tidak akan berkuasa balik menawan Putrajaya,” katanya selepas menyempurnakan program Konvoi Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan Pas masih berdendam dengan PH kerana tidak dipelawa menyertai kerajaan campuran blok berkenaan.

“Tidak, kami (Pas) tidak pernah dendam pun tetapi ini berdasarkan pengalaman perit ditadbir 22 bulan dan kita boleh tanya ramai penjawat awam yang bertugas di sini sendiri,” jelasnya.

Ditanya mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa Pas kini adalah parti kafir kerana mahu bekerjasama dengan UMNO, Idris namun enggan memberi komen lanjut.

Sebaliknya beliau meminta pihak media sendiri bertanyakan kepada Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu mengenai maksud di sebalik dakwaan kafir tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN