Pamer perbelanjaan kawasan kepada umum, - Hannah

Pamer perbelanjaan kawasan kepada umum, elak salah guna – Hannah Yeoh

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen daripada blok kerajaan wajar mempamerkan kepada umum jumlah keseluruhan agihan peruntukan yang dikeluarkan untuk kawasan jagaan mereka. 

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, beliau sentiasa mengemas kini dan menerbitkan setiap peruntukan yang dibelanjakan untuk kawasannya bagi mencerminkan ketelusan.

“Peruntukan kerajaan ini adalah duit rakyat dan tidak boleh dibelanjakan untuk kegunaan parti politik. 

“Prinsip ini saya pegang sejak 2008. Harapan saya adalah supaya penglibatan diri dalam politik boleh menjadi teladan dan membawa perubahan positif kepada amalan politik di Malaysia. 

“Saya mahu melihat menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen Barisan Nasional dan Perikatan Nasional buat perkara yang sama terutama perbelanjaan mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 serta darurat 2021,” katanya. 

Menurut Hannah, perbelanjaan itu wajar diterbitkan kerana jumlah peruntukan kerajaan adalah berbeza setiap tahun tertakluk kepada pengumuman dan garis panduan kerajaan.

Katanya, perbelanjaan itu dikawal agensi kerajaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

“Sejak saya menjadi wakil rakyat dan mempunyai akses kepada peruntukan kerajaan, saya telah memastikan agihan peruntukan ini diterbitkan dalam talian iaitu di laman web saya. 

“Ini konsisten sejak tahun 2008 semasa saya memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya sehingga sekarang sebagai Ahli Parlimen Segambut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.