Nuha kena tenang, jangan banyak fikir tentang kemampuan vokal - Daqmie

Nuha kena tenang, jangan banyak fikir tentang kemampuan vokal – Daqmie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penulis dan penerbit lagu Casablanca, Daqmie menasihatkan penyanyi lagu berkenaan, Nuha Bahrin agar tidak terlalu banyak berfikir tentang kemampuan nyanyiannya.

Kata Daqmie, Nuha atau nama sebenarnya, Nuha Sakina Saiful Bahrin perlu lebih bertenang dan percaya dengan kemampuan dirinya.

“Nuha dan Naufal adalah dua penyanyi yang sangat bagus. Cuma, mereka masih terlalu muda.

“Nuha pula terlalu banyak berfikir (ketika menyanyi). Berbeza dengan Naufal yang lurus dan selesa lepaskan sahaja nyanyiannya.

“Nuha kena belajar lepaskan sahaja nyanyiannya. Dia akan okey selepas dua tahun. Pegang kata-kata saya,” katanya.

Daqmie berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas pelancaran album Sahabat Selamanya di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang, dekat sini, semalam.

Hadir sama adalah kumpulan Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica, Tam Spider, Altimet dan ramai lagi.

Sementara itu, penyanyi lagu Tangis Sebatang Tamar itu mengakui, tidak berdepan tekanan untuk menghasilkan lagu lain yang mampu mencipta fenomena seperti Casablanca.

“Saya tengah buat (lagu) yang kedua. Tetapi, buat masa ini saya tidak berasakan sebarang tekanan.

“Tekanan akan datang sekiranya lagu kita tidak menerima sambutan yang baik daripada pendengar,” selorohnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya