Notis amaran jenayah guna kanak-kanak mesej palsu

Notis amaran jenayah guna kanak-kanak mesej palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mesej kononnya pasukan keselamatan itu dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan notis amaran berhubung aktiviti jenayah yang menggunakan kanak-kanak jalanan seperti yang tular di media sosial adalah palsu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM. Asisten Komisioner A. Skandaguru berkata, mesej itu mendakwa terdapat pihak menggunakan kanak-kanak jalanan yang memegang kertas tertulis alamat rumah mereka sebagai taktik untuk meraih bantuan bagi dihantar pulang.

Menurutnya, mesej berkenaan turut mendakwa individu yang membantu kanak-kanak itu akan dibunuh, organ dicuri dan dirogol.

“PDRM mengesahkan mesej yang ditularkan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan KDN atau PDRM.

“Semakan juga mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan insiden jenayah seperti yang ditularkan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan sebarang mesej tidak berasas.

Ujarnya, orang ramai yang berhadapan dengan situasi seperti mesej yang tular itu untuk membawa kanak-kanak ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN