Najib sihat ketika keluar hospital - Dr. Noor Hisham

Najib sihat ketika keluar hospital – Dr. Noor Hisham

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan sihat ketika dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 9 September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Najib dimasukkan ke HKL pada Jumaat lalu sebagai kes elektif (bukan kecemasan) bagi memastikan kesihatan beliau berada pada tahap baik dan optimum.

Menurut beliau, pemeriksaan dan ujian berkaitan dijalankan oleh pakar perunding kanan bertauliah terdiri daripada ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing. 

“Pihak HKL juga mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua kali dan dihadiri bekas Perdana Menteri dan ahli keluarga beliau.

“Keputusan ujian terbabit dimaklumkan semasa sidang keluarga itu mengikut amalan professional kedoktoran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, ahli keluarga juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau dibenarkan untuk didiscaj dari HKL. 

Katanya, jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan Kementerian Kesihatan, turut dimaklumkan.

Kata beliau, keadaan Najib juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL.

“KKM ingin memaklumkan bahawa kami komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu, namun pada masa sama mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012). 

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit boleh dikemukakan kepada Mahkamah sekiranya diarahkan Mahkamah,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN