Najib selesai dirawat, masuk semula  Penjara Kajang

Najib selesai dirawat, masuk semula  Penjara Kajang

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai menjalani rawatan dj Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dan dibenarkan dihantar semula ke Penjara Kajang.

HRC dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan terkini yang dilakukan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu oleh pakar perubatan mendapati, tahap kesihatan beliau kini berada dalam keadaan yang baik. 

Katanya, Najib juga diberi tunjuk ajar oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi HRC dan boleh menjalankan latihan teknik senaman secara kendiri.

“Pakar perunding yang berkaitan juga telah mengadakan sidang keluarga (family conference) bersama beliau dan ahli keluarga terdekat, yang mana mereka telah dimaklumkan situasi terkini keadaan kesihatan serta pelan pemantauan kesihatan beliau. 

“Pakar perunding perubatan dari Hospital Kuala Lumpur dan HRC telah memberi pelepasan perubatan dan membenarkan beliau dihantar semula ke Penjara Kajang,” katanya.

Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun berhubung kes dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd. sebelum ini dihantar ke HRC untuk rawatan dan pemantauan lanjut sejak Isnin lalu berdasarkan rujukan Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Jelas HRC, pihaknya akan terus komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan bagi memastikan pesakit yang dirawat di situ dapat mencapai tahap potensi yang optimum dan membolehkan seseorang individu mencapai tahap kefungsian yang maksimum, sesuai dengan matlamatnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN